Sikap manusia yang………

Kisah ini saya petik dari buku koleksi saya iaitu buku Fadilat Amal terbitan Era Ilmu. Moga bermanfaat untuk tatapan semua.

Hafiz Ibu Hajar rah. menulis di dalam kitabnya al-Munabbihat tentang satu riwayat daripada Hazrat Utman tentang tafsir ayat Quran, ” dan di bawahnya ada harta simpanan bagi mereka berdua”.

Iaitu kisah dua anak yatim yang harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulis daripada emas yang tertulis tujuh baris ayat yang bererti,

1. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih berketawa.

2. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia.

3. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah tetapi masih lagi berdukacita atas kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan dihisab di akhirat nanti tetapi dia masih mengumpul harta kekayaan.

5. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka tetapi dia masih melakukan maksiat.

6. Aku hairan terhadap orang yang kenal Allah tetapi dia masih mengingati selainNya.

7. AKu hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dengan kemewahan dunia.

Terdapat sedikit tambahan dalam sesetengah naskhah lain iaitu, “Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya,”

Moga dapat menjadi pedoman dan iktibar kepada kita kerana kita semenangnya terdiri daripada sifat-sifat di atas.

Berubahlah ke arah yang terbaik dalam meraih sinar Jannah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: