Hamba ALLAH yang sihat

Untuk bangun dari tidur, kita perlu sihat. Untuk berjalan menuju teraju ilmu kita perlu sihat. Untuk beribadat juga kita perlu sihat. Allah juga suka pada umat yang sihat. Kenapa entri saya begini??
Kerana saya ingin bercakap tentang kesihatan.

Ohh..saya bukan pakar dalam bab kesihatan, saya bukan seorang doktor apatah lagi ingin bercakap soal diet seimbang. Cuma ingin berkongsi makna sihat pada pandangan saya. Sihat bukan sekadar sihat tubuh badan. Hati juga perlu sihat. Fikiran juga perlu sihat. Setiap tindakan kita juga perlu sihat. Agar kita sihat, luaran dan dalaman.

Demi kesihatan semua, jom kita kongsikan kaedah sihat yang saya amalkan. Ini pun setelah saya rujuk pada buku-buku kesihatan dan blog-blog pakar kesihatan. Yang paling penting, ikutlah sunnah nabi dalam menjaga kesihatan kerana itulah yang sebaiknya.Ini antara 10 perkara yang saya amalkan.

1. Tidur.
Tidur memang kena cukup. 8jam sehari agak sukar bagi saya kerana saya seorang pekerja yang pengurus diri saya. Maka saya ambil kaedah pertengahan, 12mlm – 4.30pg. Lewat juga kan saya tidur…realiti hidup, banyak perkara saya kena uruskan sebelum menjengah hari esoknya. Bangun 4.30 pg tu baru saja diamalkan. Moga dapat menjadi rutin. Banyak faedah kita bangun awal. Yang paling utama, kita tidak kalut dan tergesa-gesa waktu pagi untuk ke tempat kerja.

2. Makan
SARAPAN
Ini yang paling susah nk kawal kerana saya memang suka makan.Hmm…makanya juga, saya amalkan kaedah sederhana. Awal pagi sebelum ke sekolah, saya akan minum 1 cawan soycollagen. Kadang-kadang milo kosong untuk isi perut waktu pagi. Setidak-tidaknya, saya tidak masuk kelas dengan perut berkeroncong. Tapi disebabkan beban kerja yang perlu saya bergerak ke sana ke mari, saya memang terpaksa makan nasi pada waktu pagi. Habuan saya, NASI LEMAK + KARIPAP. Kalori tinggi,bukan..yang ni jangan tiru saya.Ambil lah makanan lebih sihat. Ini saja menu yang ada kerana kantin sekolah agak susah mendapatkan makanan halal. Ada yang halal tapi mahal.Saya sayang duit utk buang dalam perut saya.

TENGAHARI
Balik sekolah, memang sah perut berkeroncong. Tapi saya tahankan perut sedikit. Saya minum segelas Milelea Organik. Ini pun untuk kesihatan juga kerana produk ini boleh membuang toksik dari badan saya. Solat dan rehat seketika.

Opss..saya masih lagi makan tengahari, tapi saya melewat-lewatkan sedikit. Sekitar jam 3ptg. Masa ni saya hanya makan lauk dan sayur. Tiada nasi. Jangan salah anggap jika kita tidak makan nasi kita akan lapar. Anda cuba, memang tiada masalah. Badan rasa lebih ringan, yang penting, anda boleh kekalkan berat badan. Bukan bermakna saya tidak pernah makan nasi, tapi saya disiplinkan makan nasi jarang-jarang. Mungkin 3hari seminggu, bergantung kepada selera dan keadaan tubuh saya.

Petang.
Saya memang suka makan. So, saya ambil sedikit snek seperti coklat ataupun makanan rendah kalori seperti buah, yugort, dadih, dan biskut. Bergantung kepada apa yang ada di dapur.

Makan malam.
Kadang-kadang saya makan, kadang-kadang tidak. Bergantung kepada keadaan tubuh jugak. Kalau saya kenyang, saya sekadar minum milo kosong kesukaan saya. Kuih-muih sedikit sebagai pengalas perut. Yang penting, jangan biarkan perut terlalu lapar.

3. Air
Itu menu penting dalam kehidupan kita. Paling kurang minumlah 6 gelas sehari. Bukan sekadar menjaga kesihatan tubuh, ia juga mampu menjaga kelembapan kulit dan meningkatkan kadar metabolisme badan.

**Tambahan kepada bab makan, anda mampu sihat jika anda makan sekadar yang diperlukan oleh badan. Bijak mengira kalori. Maksudnya, kalori yang anda makan digunakan sepenuhnya oleh badan. Barulah lemak tidak terkumpul!!

4. Penjagaan kulit
Ini juga penting, Islam suka pada kebersihan. Kebersihan bukan sekadar kita bersih pakaian tetapi juga segenap segi terutamanya wajah. Siapa suka wajah yang penuh jerawat dan kusam,kan?? Maka antara cara saya adalah sentiasa memastikan muka saya sentiasa bersih. Gunakan pencuci muka yang sesuai dan pelembab muka. Amalkan memakai masker aloevera, putih telur ataupun bedak sejuk. Amalan tradisional ini lah yang paling mujarab untuk kulit kita kerana ia adalah dari alam. Saya juga biasakan diri dengan melulur badan pada hujung minggu. Kekalkan wuduk. Itu juga satu pesanan yang baik yang saya kutip dari bacaan saya. Kerana wuduk itu air, dan air mengekalkan kelembapan wajah. Seeloknya, usai mengambil wuduk, jangan kita usap muka dengan tuala, biarkan ia kering sendiri, dan anda akan nampak hasilnya, InsyaAllah..Moga niat kita untuk kesihatan diri, Allah mengizinkan.

5. Menjaga Solat
Pada pemerhatian saya sendiri, solat bukan sekadar kita sujud mengadap Allah, tapi juga mendisiplinkan kita. Kita akan tinggalkan segala yang melalaikan saat waktu solat. Hati kita terus ingin mengadap Allah. Maka, kita juga sihat hati dan iman. Moga ini menjadi amalan. Peringatan untuk diri saya juga untuk menjaga waktu solat saya. Jika menjadi amalan, hati kita menjadi gelisah saat melengah-lengahkan solat. Indah bukan bila Allah campakkan perasaan itu??

6. Membaca Al-Quran
Walaupun kadang-kadang kita tidak faham maksudnya, membaca Al-Quran sebenarnya dapat menjernihkan hati kita. Lagi elok,kita kita carikan tafsir Al-Quran. Bukankah membaca kalam Allah ini berpahala. Jika bukan sekadar sihat jiwa malah Allah kurniakan pahala berlipat ganda kerana membacanya. Rebutlah, paling tidak, amalkan membaca sehelai sehari. Tingkah laku anda dapat diperbaiki kepada lebih baik. hati juga akan lebih bersih. Moga Allah kurniakan kekuatan pada saya untuk amalkannya.

7. Bersenam
Ini pun agak sukar dilakukan oleh saya memandangkan saya memang sentiasa sibuk. Maka, yang saya amalkan, saya jogging dalam bilik saya sambil mendengar lagu. Dalam bilik je?? erm..antara faedahnya, saya boleh buat sesuka hati aksi senaman saya tanpa rasa malu. Senaman dalam bilik juga dapat mengelakkan fitnah dan mata-mata jahat yang memandang saya berjogging. Ini lebih baik,bukan???

8. Senyum
Senyum pun salah satu cara nak sihat ke??Terus terang saya cakap ya. Tugas saya sebagai guru banyak menggugat emosi dan tahap kesabaran saya. Dengan perangai dan ragam pelajar yang pelbagai, boleh stress saya dibuatnya. Maka, selepas saya meluahkan perasaan marah saya, tipu kalau saya tidak pernah marah,bukan… saya akan senyum. Sekurang-kurangnya, muka saya tidak terus mencuka akibat marah, dan saya akan rasa tenang dan lega selepas itu. Maka, hilanglah stress tadi,kan..

9. Isi masa terluang
Jiwa yang kosong boleh membawa kepada kebinasaan. Waktu sunyi boleh menjemput syaitan menghuni hati kita. Saya berkata sedemikian kerana saya juga pernah mengalaminya. Maka, untuk sihat, lakukan aktiviti dalam hidup kita, tak kisahlah aktiviti apapun asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Memiliki sesuatu hobi mungkin cara yang terbaik dalam mengisi masa terluang.

10. Motivasi Diri.
Elemen yang tidak dilupakan, motivasi diri kita sendiri. Jika kita rasa kita sihat, memang kita sihat. Walaupun anda sekarang sedang mengidap demam selsema, sakit gigi atau kesedihan, anda tetap sihat. Kerana anda adalah apa yang anda fikirkan tentang diri anda. Atas nasihat itu, saya sentiasa set kan minda saya bahawa saya memang sihat. =))

Moga yang disenaraikan di atas menjadi panduan dan mendapat tindakan saya sendiri. Tidak guna menulis dan membaca jika tidak diamalkan. Peringatan untuk diri saya.

Terus sihat dalam mencari sinar Jannah…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: