Buat tapi tidak Memahami???

SOLAT…..

Kita solat 5 kali sehari. Kita bertemu Tuhan 5 waktu sehari. Kita berdialog dengan Tuhan pada waktu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak sehari-hari. Tapi sayang, adakah kita faham bahasa yang kita gunakan? Seolah-olah kita belajar bercakap bahasa Mandarin, sekadar melafazkan di lidah tetapi langsung tidak difahami oleh otak dan dihayati oleh hati.. Maka, apa yang kita dapat???

ALLAH HU AKBAR..selama-lama kita diberi nyawa, kita hanya mengikut rukun Islam kedua, namun kita gagal memahaminya. Jadi bagaimana kita ingin menunaikan Rukun Iman yang pertama?

Moga sedikit catatan ini manjadi panduan kepada rakan-rakan dan diri saya sendiri dalam memperhambakan diri pada Rabb yang memiliki diri kita..

MAKSUD DOA IFTITAH

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan Maha Suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam.

BACAAN SURAH AL-FATIHAH

Dengan nama Allah yang Pengasih dan Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah seru sekalian alam. Yang bersifat pengasih dan penyayang. Yang berkuasa pada hari pembalasan. Engkau sahaja wahai Tuhan yang kami sembah, dan hanya Engkau sahaja tempat kami meminta pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai  dan bukan pula jalan-jalan orang yang sesat. AMIN.

BACAAN RUKUK

Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat kepujianNya.

BACAAN IKTIDAL

Allah mendengar akan orang yang memujiNya.

BACAAN SUJUD

Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujianNya.

BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berikanlah aku rezeki, berikanlah aku petunjuk, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

BACAAN TAHIYAT AWAL

Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Salam sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya Allah, anugerahkanlah kesejateraan atas Muhammad.

BACAAN TAHIYAT AKHIR

Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk Allah. Salam sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya Allah, anugerahkanlah kesejateraan atas Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim. dan berkatilah  Muhammad dan keluarga Muhammad seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.

SALAM KE KANAN DAN KE KIRI

Sejahtera atas kamu dan rahmat Allah.

***BACAAN DOA QUNUT DALAM SOLAT SUBUH

Hai Tuhanku tunjukilah aku bersama orang yang telah engkau tunjuki. dan afiatkanlah aku bersama orang yang Engkau afiatkan. Dan pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpinkan. Dan berkatilah bagiku pada apa-apa yang telah Engkau berikan. Dan peliharalah aku dari kejahatan perkara-perkara yang telah Engkau qad-hakkan(hukumkan) . Maka bahawasanya Engkau yang menghukum bukanlah Engkau yang dihukum. Bahawasanya tidak akan terhina orang yang telah Engkau pimpin. dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau musuhi. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian di atas apa yang telah Engkau hukumkan. dan minta ampun aku kepada Engkau dan taubat aku kepada Engkau, dan Allah sejahterakan junjungan kami Muhammad yang ummi(tidak tahu membaca) dan sejahtera atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Moga lafaz yang difahami mendekatkan lagi hati kita untuk solat dengan lebih kusyuk dan mencintai ibadah…

Berusaha dalam Mencari Sinar Jannah…

Dipetik dari:

MARI BELAJAR SOLAT.

USTAZ SAIFUL RIZAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: