Kepada yang bergelar muslimah

Pesanan Imam al-Ghazali kepada anak perempuannya di hari perkahwinan…..

Anakku,

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan,

Dan akan berada di tempat tidur yang tidak engkau kenal,

Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya,

Itulah suamimu,

Jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi sebgai langitmu,

Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia dapat engkau jadikan tiangmu,

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya, nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu,

Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya, dengan cara demikian akan menjadi ia merasa benci padamu,

Jangan pula engkau menjauhkan diri nescaya ia akan melupakan engkau,

Dan kalau ia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu, maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah,

Peliharalah hidung,telinga dan matanya,

Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu darimu melainkan yang harum,

Janganlah membiarkan dia mendengar sesuatu daripadamu melainkan yang baik,

Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.

Berilmu,beramal dan beramal.InsyaAllah dalam mencari sinar Jannah,moga ia makin hampir kepada diri kita…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: