Adakah kita antara penghuni neraka Saqar?Sila Semak!!

Firman Allah SWT: “Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?”.Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat,Dan kami tidak (pula) memberi makan orang miskin,Dan adalah kami membicarakan yang bathil, bersama dengan orang-orang yang membicarakannya,Dan adalah kami mendustakan hari pembalasan,Hingga datang kepada kami kematian”.     (Al-Muddatsir; ayat 42 – 47)

Baca setiap ayat di atas. Renung-renungkan diri kita, perangai kita. Adakah kita mempunyai tingkah-laku yang disenaraikan di atas??

Kenapa perlu takut dan gerun pada neraka ini??

Tahukah kamu apakah (neraka) Saqar itu?Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan [1527].(neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia. ( Al- Muddatsir; 27 – 29)

[1527] yang dimaksud dengan tidak meninggalkan dan tidak membiarkan ialah apa yang dilemparkan ke dalam neraka itu diazabnya sampai binasa Kemudian dikembalikannya sebagai semula untuk diazab kembali.

Mengapa Allah menyatakan sebagai pembakar kulit manusia?Kenapa bukan pembakar badan manusia? Bukan pembakar jasad manusia. Subahanallah!! Dalam memberi peringatan, Allah mengajar kita ilmu sains dan perubatan. Mengapa? Dari kajian sains, kulit mempunyai reseptor (pengesan/ perasa) untuk seluruh tubuh tetapi bergantung kepada bahagian tubuh. Allah jadikan reseptor paling banyak di lidah dan hujung jari kerana anggota itulah yang paling banyak digunakan. Sebab itu kita cepat terasa sakit apabila tercucuk jarum apabila menjahit dan dapat merasa masinnya ikan goreng kita!

Apa terjadi bila kulit terkena api panas? Kita akan berasa sakit. Tapi apa terjadi jika daging terkena api panas. Kita rasa sakit??TIDAK!! Kerana pada daging manusia tiada reseptor. Maka kenapa neraka Saqar pembakar kulit manusia?? Kerana Allah mahukan makhluknya berasa azab atas seksaanNya bagi golongan yang ingkar. MasyaAllah….sakitnya seksa neraka. Pedihnya hukuman Allah..

Semoga kita bukan dari golongan di atas. Peringatan untuk semua dan diri saya sendiri.Wsalam.

Mencari Sinar Jannah...

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: