Amalan orang soleh..

Dalam satu hadith yang panjang yang diriwayatkan daripada Hazrat Abu Zar, meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda;
Aku menasihatkan kamu hendaklah bertaqwa kepada Allah kerana bertaqwa itu adalah tonggak bagi setiap amalan. Dan hendaklah kamu membaca al-Quran dan berzikir kepada Allah kerana dengan itu nama kamu akan disebut di langit dan menjadi nur untuk kamu di permukaan bumi. Hendaklah kamu banyakkan berdiam diri dan jangan bercakap melainkan perkara yang baik, kerana ini akan menjauhkan syaitan daripada kamu dan akan membantu kamu dalam urusan agama kamu.

Hindarkan daripada banyak ketawa kerana dengan banyak ketawa hati kamu akan mati dan nur daripada wajahmu akan lenyap. Teruskanlah berjihad kerana itulah kesolehan umatku. Hendaklah mengasihi orang miskin dan sentiasalah duduk bersama mereka.  Lihatlah keadaan mereka yang lebih rendah daripada keadaanmu. Janganlah lihat mereka yang lebih tinggi daripadamu kerana dengan itu kamu tidak akan mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepadamu. Hendaklah mengukuhkan silaturahim dengan kaum kerabatmu walaupun mereka memutuskan perhubungan mereka dengan kamu. Hendaklah kamu memberitahu perkara yang hak kepada sesiapa saja walaupun dirasai pahit. Janganlah sekali-kali menghiraukan celaan daripada sesiapa pun dalam menjalankan urusan agama Allah.

Lihatlah keaiban diri kamu sendiri dan jangan melihat keaiban orang lain. Apabila kamu sendiri mempunyai suatu keaiban maka jangan kamu memarahi seseorang yang mempunyai keaiban yang sama. Wahai Abu Zar, sebaik-baik taqwa ialah menjauhi sega perkara yang haram dan tidak ada kemuliaan yang setanding dengan akhlak yang mulia.”

(Hadith Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, Muslim dan lain-lain)

Hadih di atas sangat jelas apa yang perlu kita lakukan sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW. Begitu indah akhlak yang Allah aturkan untuk kita.

Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan solat tahajud dan amal-amal soleh) mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperoleh lagi (keredhaanNya) dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa-apa yang Kami berikan kepada mereka. Maka, tidak seorang pun mengetahui satu persatu apa-apa yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala nikmat) yang amat indah dipandang dan menghiburkan sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan. (as-Sajadah ; 16-17)

Antara hadith lain lagi mengenai amalan soleh yang boleh dilakukan adalah, Hazrat Abu Hazrat meriwayatkan bahawa mereka bersaksi bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda,

Tidaklah duduk berzikir kepada Allah satu kaum melainkan mereka dikerumuni oleh para malaikat,diliputi rahmat , diturunkan ke atas mereka ketenangan dan Allah menyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada disisiNya.

( Hadith Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan lain-lain)

Banyak lagi amalan orang-orang soleh yang boleh kita lakukan. Namun, sebagai permulaan, kita mulakan sedikit-demi sedikit tetapi istiqamah. Bukankah Allah lebih suka amalan yang sedikit tetapi istiqamah??

Sama kita berusaha mengejar redha Allah. Kita tidak lama di bumi ini. Nyawa kita tidak akan kekal, keluarga dan harta tidak selamanya bersama kita. Hanya amal kita yang menemani. Maka, kita sama-sama perbanyakkan amal.

Bersama-sama meraih sinar Jannah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: